1:23 pm - Friday March 29, 2024

Izzue Islam: Belum Ada Rezeki Timang Anak

zaky316

Mendirikan rumah tangga pada Jun 2013, pelakon Izzue Islam menyifatkan bahawa dia kini belum sampai rezeki baginya untuk menimang cahaya mata selain menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Illahi.

BACA: Izzue Islam Berniaga Kerana Mahu Ikut Sunnah Nabi

“Belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Mungkin pada masa yang akan datang, Insya-Allah,” katanya ringkas kepada portal Astro Gempak. Selain itu Izzue turut menyatakan rasa gembirnya setelah pulang daripada bercuti ke Itali bersama peminatnya.

Dalam perkembangan lain, ketika ini Izzue sedang fokus terhadap peniagaan busana lelaki. Penglibatannya itu bukanlah berniat untuk bersaing dengan rakan selebriti yang lain sebaliknya mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Apa pun, semoga pasangan ini akan beroleh cahaya mata baru malah peminat pun sentiasa doakan yang terbaik buat mereka. (rtky/s)

7- Izzue Islam- Belum Ada Rezeki Timang Anak - ROTIKAYA
5- Izzue Islam- Belum Ada Rezeki Timang Anak - ROTIKAYA
4- Izzue Islam- Belum Ada Rezeki Timang Anak - ROTIKAYA
3- Izzue Islam- Belum Ada Rezeki Timang Anak - ROTIKAYA
2- Izzue Islam- Belum Ada Rezeki Timang Anak - ROTIKAYA
1- Izzue Islam- Belum Ada Rezeki Timang Anak - ROTIKAYA