5:23 pm - Friday December 9, 2016

Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin

zaky316

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda telah meluangkan masa untuk menonton teater Tenggelamnya Kapal Van Dar Wijck dan dia juga turut memberi teguran serta kritikan kepada Amar Baharin di laman sosial agar lebih menghayati watak.

BACA: Izreen Azminda Akui Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami

8 - Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin - ROTIKAYA

“Apa saya tulis di Instagram itu sekadar pendapat sebagai penonton yang datang menyaksikan teater berkenaan. Mana saya rasakan bagus, saya puji begitu juga sebaliknya. Bukan saya seorang berpendapat sedemikian, malah ramai lagi”

“Saya faham ramai peminat Amar kurang senang dengan status dan komen itu, tapi mereka perlu bersikap realistik. Saya percaya Amar boleh lakukan lebih baik lagi jika terus diberi peluang,” katanya kepada Harian Metro.

Izreen melalui Instagram telah mengkritik lakonan Amar yang membawa watak Zainuddin dan menyifatkan lakonan Amar menampilkan dialog mendatar, tidak ada impak dalam ekspresi wajah dan pergerakan serta kurang penghayatan.

Selain itu, Izreen juga menafikan bahawa kritikan yang disuarakannya itu adalah bersifat peribadi. Mungkin juga apa yang diperkatakan oleh Izreen boleh dijadikan pembakar semangat buat Amar untuk melakukan yang terbaik demi mutu lakonan yang lebih bermutu. (rtky/s)

6 - Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin - ROTIKAYA
5 - Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin - ROTIKAYA
4 - Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin - ROTIKAYA
3 - Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin - ROTIKAYA
2 - Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin - ROTIKAYA
1 - Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin - ROTIKAYA