5:26 pm - Friday December 9, 2016

Izara Aisyah Bercium Dalam Filem Sinaran?

zaky316

Asalkan pengarah filemnya bernama Osman Ali, anda sudah boleh jangkakan pasti ada babak intim yang mungkin mengundang pertikaian penonton selain mampu menjadi pelaris di pawagam. Baru-baru ini, pelakon Izara Aisyah dikatakan bercium di dalam filem Sinaran di bawah arahan pengarah tersebut.

BACA: Izara Aisyah: Soal Kahwin Kena Tanya Adib

“Saya tak cium dan tak kena pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan menggunakan camera trick untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul berlaku,” nafi Izara yang dipetik daripada laporan portal Media Hiburan.

Bagaimanapun Izara mengakui risau mengenai babak tersebut namun dalam masa yang sama mengharapkan peminat tidak menilainya tanpa melihat dahulu filem berkenaan.

“Saya okay sahaja ketika melakonkan babak tersebut tetapi masih memiliki sedikit kerisauan dengan maklumbalas negatif penonton. Saya harap penonton faham dan tidak menghukum, kerana saya memang tidak mencium Syarif,” katanya. (rtky/s)

1- Izara Aisyah Bercium Dalam Filem Sinaran? - ROTIKAYA
2- Izara Aisyah Bercium Dalam Filem Sinaran? - ROTIKAYA
3- Izara Aisyah Bercium Dalam Filem Sinaran? - ROTIKAYA
4- Izara Aisyah Bercium Dalam Filem Sinaran? - ROTIKAYA
5- Izara Aisyah Bercium Dalam Filem Sinaran? - ROTIKAYA
6- Izara Aisyah Bercium Dalam Filem Sinaran? - ROTIKAYA