5:29 pm - Friday December 9, 2016

Ibu Jejai Nafi Dirinya Punca Rumah Tangga Fasha Sandha Bergolak

zaky316

Pelik juga apabila melihatkan komen dan juga mulut-mulut orang lain yang bercakap mengenai keretakan rumahtangga Fasha Sandha dan juga Jejai. Antara karakter utama yang terlibat pastinya Nora Danish. Malah baru-baru ini, ibu Jejai sendiri turut menjadi bahan kontroversi.

BACA: Fasha Sandha Belum Sedia Komen Isu Rumah Tangga

Ibu Jejai Nafi Rumah Tangga Fasha Sandha Bergolak - ROTIKAYA_in

Baru-baru ini tersebar khabar angin mengenai status hubungan Fasha dan Jejai yang didakwa sudah pun bercerai dan ibu Jejai, Raja Noora dikatakan menjaja kisah tersebut. Namun ibu Jejai melalui muatnaik gambar di Instagram menafikan perkara tersebut.

Malah dia juga menyatakan bahawa perkara tersebut adalah fitnah dan kini sedang menyiasat perkara berkenaan selain akan mengheret penyebar fitnah kepada muka pengadilan.

Sehingga kini, Fasha Sandha sendiri masih enggan bersuara dan berkongsikan situasi sebenar tentang rumahtangganya. Apa pun, semoga Fasha dan keluarga tabah menghadapi dugaan yang mendatang. (rtky/s)