5:24 pm - Friday December 9, 2016

Hattan Pengetua Terbaru Akademi Fantasia, Letak Syarat ‘Haramkan’ Lagu Indonesia

deena

Bukan main lagi gimik Akademi Fantasia terbaru ini. Boleh dikatakan gimik awal-awal yang menonjolkan interlud orkestra yang menarik sudah gempak dan segar berbanding dari program AF tahun-tahun yang lepas. Selepas itu, pengetua AF yang menjadi tanda tanya orang ramai telah didedahkan iaitu Hattan. Memang langsung tidak disangka.

Hattam muncul menyanyikan lagu hitnya dan menunjukkan kalibernya sebagai pengetua. Meremang jugalah bulu roma mendengar beliau menyanyi. Itu dia aura penyanyi senior dan berpengalaman seperti beliau.

Yang paling penting, khabarnya beberapa syarat sebelum menerima tawaran tersebut dan antara syaratnya ialah beliau tidak mahu lagu ciptaan seberang iaitu lagu Indonesia dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Akademi Fantasia kali ini. Wah, itu adalah satu syarat yang bagus.

Hattan Pengetua Terbaru Akademi Fantasia, Letak Syarat Haramkan Lagu Indonesia

“Kita banyak lagu-lagu tempatan yang masih boleh dinyanyikan oleh mereka & kita harus bangga dengan ciptaan sendiri, daripada kita bayar royalti kepada mereka lebih baik kita berikan sumbangan ini kepada industri tempatan.”

“Tetapi saya tak menolak sekiranya lagu-lagu yang bersifat ketuhanan saya menerimanya. Lagipun saya melihat bakat yang ada untuk musim kali ini sangat bagus seperti Nuha yang mempunyai latar belakang jurusan muzik dan tidak salah untuk peserta kali ini diberi peluang untuk membuat lagu atau menulis lirik sendiri jika mereka berjaya untuk ke pusingan akhir nanti,” katanya tegas.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada para peserta dan juga para tenaga pengajar. Harapnya AF kali ini dapat menghasilkan bakat-bakat yang boleh ‘menjaga diri’ ketika sudah keluar dari AF nanti.

The post Hattan Pengetua Terbaru Akademi Fantasia, Letak Syarat ‘Haramkan’ Lagu Indonesia appeared first on MyArtis.My.