7:23 pm - Friday December 9, 2016

Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei Tahun Hadapan

zaky316

Setelah bertunang bersama pilihan hatinya, Nureffy Jasreel Abdullah, Hafiz Suip melalui Harian Metro menjelaskan bahawa dia akan melangsungkan majlis pernikahan pada 14 Mei tahun hadapan yang akan diadakan di Kuching, Sarawak.

BACA: Hafiz Suip Bakal Anjur Majlis Resepsi Hanya Di Sarawak

Hafiz memilih mengadakan majlis perkahwinan di Sarawak kerana majoriti keluarga kedua-dua belah pihak menetap di sana. Namun dalam masa yang sama, Hafiz turut menafikan bahawa tujuan dia mengadakan majlis di sana kerana mahu mengelak diserbu peminat.

“Tak terfikir pun mahu lari daripada peminat. Saya cuma mahu memudahkan sanak-saudara hadir ke majlis kami. Jika diadakan di Kuala Lumpur, pasti ramai tidak datang. Pada keesokan harinya baru majlis bertandang di tempat saya”

“Jika tidak ada aral melintang, satu lagi majlis persandingan akan diadakan di Kuala Lumpur,” jelasnya. Semoga segala persiapan Hafiz dan juga tunang menjelang tarikh perkahwinan akan berjalan lancar dan dipermudahkan. (rtky/s)

1 - Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei 2016 - ROTIKAYA.jpg - ROTIKAYA
2 - Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei 2016 - ROTIKAYA.jpg - ROTIKAYA
3 - Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei 2016 - ROTIKAYA.jpg - ROTIKAYA
4 - Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei 2016 - ROTIKAYA.jpg - ROTIKAYA
5 - Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei 2016 - ROTIKAYA.jpg - ROTIKAYA
6 - Hafiz Suip Bakal Nikah 14 Mei 2016 - ROTIKAYA.jpg - ROTIKAYA