7:19 pm - Friday December 9, 2016

Fouziah Gous Namakan Anak Pertama Muhammad Zeeshan

zaky316

Tahniah kepada Fouziah Gous dan juga suami kerana baru-baru ini telah menimang cahaya mata sulung mereka. Melalui perkongsian mereka di laman Instagram semalam, Fouziah memberitahu bahawa nama anaknya ialah Muhammad Zeeshan yang bermaksud – kekuatan dan yang terhebat.

BACA: Fouziah Gous Kesal Dituduh Pakai Baju Nampak Bra

Fouziah Gous Namakan Anak Pertama Muhammad Zeeshan

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru selesai bertahnik untuk @zhafoujr. Ingin saya kenalkan baby lelaki saya, Muhammad Zeeshan Bin Md Zhafran. Dilahirkan pada 26 November 2015, jam 11.37 pagi di DEMC Specialist Hospital. Zeeshan yang bermaksud Kekuatan / yang Terhebat – nama pilihan kami,” jelas Fouzish di Instagram.

Selain itu, pelakon dan pengacara ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan juga orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat mereka sekeluagra.

Peminat juga dilihat berkongsi kegembiraan apabila Fouziah mula berkongsi gambar anak mereka yang comel itu. Semoga keluarga Fouziah akan terus dilimpahi bahagia dan juga sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan. (rtky/s)

1- Fouziah Gous Namakan Anak Pertama Muhammad Zeeshan - ROTIKAYA
2- Fouziah Gous Namakan Anak Pertama Muhammad Zeeshan - ROTIKAYA
6- Fouziah Gous Namakan Anak Pertama Muhammad Zeeshan - ROTIKAYA
5- Fouziah Gous Namakan Anak Pertama Muhammad Zeeshan - ROTIKAYA
4- Fouziah Gous Namakan Anak Pertama Muhammad Zeeshan - ROTIKAYA
3- Fouziah Gous Namakan Anak Pertama Muhammad Zeeshan - ROTIKAYA