7:22 pm - Friday December 9, 2016

Fizo Omar Sambung Pengajian di Peringkat Sarjana

zaky316

Pelakon dan usahawan muda, Fizo Omar bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana serta bakal meneruskan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah selain berazam untuk menjadi pakar dalam bidang media sosial dan pengiklanan.

BACA: Percaya Rakan Kongsi, Fizo Omar Berhutang RM8 Juta

“Beberapa bulan lepas saya mendapat tawaran dari UUM untuk menyambung pengajian sarjana sains pengurusan mod penyelidikan dan thesis saya mengenai media sosial dan pengiklanan”

“Pengajian ini akan mengambil masa selama 4 tahun dan saya akan buat terus PhD. Apa yang saya belajar ini akan saya applikasikannya kepada bisnes dan kerjaya yang saya ceburi,” katanya penuh semangat.

Dia yang sebelum ini pernah mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan awam berkata ingin mempelbagaikan ilmu yang ada serta mahu berkongsi ilmu dengan masyarakat apabila tamat pengajian kelak. Bagaimanapun, dia menjelaskan keluarga dan isteri banyak memberikan sokongan, motivasi dan dorongan untuknya berjaya.

“Saya mempunyai latar belakang kejuruteraan awam dan sekarang ini saya lebih kepada menjadi seorang ‘speaker’ dan apa yang saya pelajari banyak yang berkait rapat”

Banyak yang memberikan dorongan kepada saya termasuklah isteri, keluarga, pekerja-pekerja saya dan mereka semua menyokong untuk saya meneruskan pembelajaran ini,” kata Fizo yang akan cuba untuk menghabiskan selama 4 tahun tempoh pengajiannya. (rtky/h)

1 - Fizo Omar Sambung Pengajian di Peringkat Sarjana - ROTIKAYA
2 - Fizo Omar Sambung Pengajian di Peringkat Sarjana - ROTIKAYA
3 - Fizo Omar Sambung Pengajian di Peringkat Sarjana - ROTIKAYA
4 - Fizo Omar Sambung Pengajian di Peringkat Sarjana - ROTIKAYA
5 - Fizo Omar Sambung Pengajian di Peringkat Sarjana - ROTIKAYA
6 - Fizo Omar Sambung Pengajian di Peringkat Sarjana - ROTIKAYA