5:29 pm - Friday December 9, 2016

Fizo Omar Kongsi Kisah Ditipu RM8 juta Dalam Perniagaan

zaky316

Akibat terlalu percayakan rakan kongsi di awal penglibatannya dalam
dunia perniagaan, Fizo Omar pernah ditipu dan dia akhirnya berhutang sebanyak RM8 juta namun itu bukanlah pengakhiran kepada kehidupannya.

BACA: Fizo Omar Mohon Doakan Dikurniakan Anak

“Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank. Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya”

“Semuanya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi. Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menghadiri program motivasi dan sentiasa berpegang kepada konsep memberi, Fizo sangat bersyukur kerana perkara tersebut kini mengajar dirinya untuk keluar daripada keadaan selesa selain tidak sanggup melihat ibunya hidup susah.

Walaupun kini kes tersebut masih di dalam siasatan pihak berkuasa, semoga Fizo sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan dan menjadi contoh kepada orang lain untuk tidak berputus asa dan berjaya. (rkty/s)