7:25 pm - Friday December 9, 2016

Fasha Sandha Hadkan Perkongsian Di Sosial Media

zaky316

Tidak menonjolkan segenap sisi kehidupan peribadi kepada pengikut di laman sosial, pelakon Fasha Sandha menjelaskan perkara tersebut tidak wajar didedahkan kepada umum selain mahu mengelak timbul perasaan riak.

BACA: Fasha Sandha Belum Rancang Tambah Anak

“Saya bukanlah individu yang gemar memuat naik gambar setiap jam atau setiap hari. Tak semua benda kita boleh kongsi kepada masyarakat apa yang kita buat. Perlu ada limit kerana kita tidak boleh menduga apa yang ada dalam pemikiran sesorang”

“Baru-baru ini saya keluar bercuti di Port Dickson bersama suami dan anak-anak. Sepanjang percutian itu, saya tidak muat naik gambar atau memberitahunya di media sosial. Bagi saya percutian bersama keluarga perlu dinikmati dengan rasa tenang dan gembira bukannya untuk dipaparkan kepada umum,” memetik laporan daripada portal Murai.

Selain itu, Fasha juga menyatakan bahawa rata-rata pelakon yang baru hadir di dalam indsutri hiburan agar menjaga diri dan berdisiplin demi menjamin masa depan yang cerah serta tidak mudah dikaitkan dengan isu-isu panas. (rtky/s)

7 - Fasha Sandha Hadkan Perkongsian Di Sosial Media - ROTIKAYA
5 - Fasha Sandha Hadkan Perkongsian Di Sosial Media - ROTIKAYA
2 - Fasha Sandha Hadkan Perkongsian Di Sosial Media - ROTIKAYA
6 - Fasha Sandha Hadkan Perkongsian Di Sosial Media - ROTIKAYA
4 - Fasha Sandha Hadkan Perkongsian Di Sosial Media - ROTIKAYA
3 - Fasha Sandha Hadkan Perkongsian Di Sosial Media - ROTIKAYA