5:25 pm - Friday December 9, 2016

Fahrin Ahmad Berwaspada Kongsi Gambar Di Sosial Media

zaky316

Seringkali kita mendengar luahan perasaan barisan selebriti yang terasa hati atau pun kadang-kala ‘berperang’ dengan pengikut di laman sosial, namun bagi Fahrin Ahmad, dia mempunyai cara tersendiri agar tidak menjadi bahan kritikan.

BACA: Fahrin Ahmad Kahwin Dulu, Bercinta Kemudian

“Alhamdulillah, tak ramai yang meletakkan komen berbentuk kutukan di Instagram saya. Mungkin tipnya ialah, bila nak muat naik gambar, kita perlu berjaga-jaga”

“Walaupun memuat naik gambar dengan rakan-rakan, saya perlu teliti ada setiap ruang dalam gambar itu, adakah ia boleh mengundang persoalan dan kritikan”

“Gambar saya bersama rakan yang memegang vape pun saya takkan muat naik dalam Instagram. Saya cuba mengurangkan apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kontroversi,” jelasnya kepada mStar Online.

Bagusnya jika selebriti lain dapat mencontohi tindakan Fahrin sebelum berkongsi sebarang perkara di laman sosial. Nanti satu hal pula mahu menjawab dan mulalah mahu lari dari menghadap pihak media. (rtky/s)

5 - Fahrin Ahmad Berwaspada Kongsi Gambar Di Sosial Media - ROTIKAYA
2 - Fahrin Ahmad Berwaspada Kongsi Gambar Di Sosial Media - ROTIKAYA
4 - Fahrin Ahmad Berwaspada Kongsi Gambar Di Sosial Media - ROTIKAYA
7 - Fahrin Ahmad Berwaspada Kongsi Gambar Di Sosial Media - ROTIKAYA
3 - Fahrin Ahmad Berwaspada Kongsi Gambar Di Sosial Media - ROTIKAYA
1 - Fahrin Ahmad Berwaspada Kongsi Gambar Di Sosial Media - ROTIKAYA