7:20 pm - Friday December 9, 2016

Fad Bocey Perjelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak

zaky316

Selamat melahirkan anak sulung kembar lelaki pada 11 Disember lalu, penghibur dan juga pelakon Fad Bocey mempunyai sebab tersendiri mengapa sehingga kini dia masih belum berkongsikan gambar cahaya matanya itu.

BACA: Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Sulung Kembar

“Anak kembar saya lahir di minggu yang ke 34 dan masih belum matang. Jadi, mereka ditempatkan di inkubator terlebih dahulu. Sebab itulah saya tidak berkongsi gambar anak-anak saya. Pada awalnya, kami dapatkan nasihat doktor kerana isteri mahu melahirkan bayi secara normal”

“Namun begitu, kedudukan bayi pertama saya sudah berada di bawah dan bayi kedua sudah berada di atas. Untuk mengelakkan isteri saya merasai kesakitan sebanyak dua kali, doktor nasihatkan untuk isteri saya menjalani pembedahan caesarean

“Mengenai nama pula, saya akan kongsikan kemudian. Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan kepada kesihatan anak kembar saya dan saya mohon doa yang baik-baik untuk mereka,” jelas Fad kepada portal Astro Gempak.

Mengakui kekok memegang bayinya yang baru sahaja lahir, namun Fad menjelaskan dia perlu membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Semoga keluarga Fad akan terus bahagia dan sihat sejahtera semuanya. (rtky/s)

7- Fad Bocey Jelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak - ROTIKAYA
6- Fad Bocey Jelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak - ROTIKAYA
5- Fad Bocey Jelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak - ROTIKAYA
4- Fad Bocey Jelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak - ROTIKAYA
3- Fad Bocey Jelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak - ROTIKAYA
2- Fad Bocey Jelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak - ROTIKAYA