5:23 pm - Friday December 9, 2016

Empat Tahun Bercinta, Fathia Latiff Niat Mahu Kahwin

zaky316

Percintaan di antara Fathia Latiff dan juga Aiman Hakim kini sudah mencapai usia empat tahun. Jika sebelum ini Aiman pernah menyatakan ingin menyunting Fathia sebagai isteri, kini pelakon wanita itu juga mengakui mahu hubungan mereka melangkah ke peringkat seterusnya.

BACA: Fathia Latiff Kini Sering Lewat Ke Lokasi Penggambaran?

“Sejujurnya memang saya mahukan perhubungan kami sehingga ke peringkat berkahwin kerana kami dah masuk empat tahun bercinta. Jadi, saya tak nak buang masa jika tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi nak buat macam mana, belum dijodohkan lagi untuk ke arah itu”

“Masing-masing sibuk. Ketika saya kerja, dia tak kerja. Bila saya cuti, dia pula kerja. Jadi kami tak ada masa untuk duduk sama-sama cerita fasal kahwin. Saya pula memang jenis yang suka bekerja. Ada tawaran saya akan sambar,” jelasnya kepada portal Media Hiburan.

Bagaimanapun, Fathia menjelaskan dia bersyukur kerana keluarganya memahami selain tidak terlalu mendesak mengenai hal perkahwinan atau meminta supaya segera berkahwin. Apa pun, semoga pasangan ini bakal dijodohkan jua apabila tiba masanya nanti. (rtky/s)

1- Setelah 4 Tahun Bercinta, Fathia Latiff Niat Mahu Kahwin - ROTIKAYA
2- Setelah 4 Tahun Bercinta, Fathia Latiff Niat Mahu Kahwin - ROTIKAYA
4- Setelah 4 Tahun Bercinta, Fathia Latiff Niat Mahu Kahwin - ROTIKAYA
5- Setelah 4 Tahun Bercinta, Fathia Latiff Niat Mahu Kahwin - ROTIKAYA
6- Setelah 4 Tahun Bercinta, Fathia Latiff Niat Mahu Kahwin - ROTIKAYA
7- Setelah 4 Tahun Bercinta, Fathia Latiff Niat Mahu Kahwin - ROTIKAYA