5:58 am - Thursday December 8, 2016

Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Kedua

zaky316

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan suami isteri Diana Danielle dan juga Farid Kamil kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 19 November lalu. Diana dan juga bayi kini berada dalam keadaan sihat.

BACA: Diana Danielle Rancang Mahu Berpantang Secara Tradisional

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar”

“Selamat datang ke dunia wahai anakku,” kata Farid kepada BH Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp. Selain itu, Farid juga berkongsi cerita bahawa isterinya melahirkan anak kedua mereka menerusi teknik bersalin dalam air.

Sebelum ini, Diana yang menyambut hari lahirnya pada 22 November lalu pernah menyatakan hasratnya untuk mengamalkan pantang secara tradisional kerana perkara tersebut banyak memberikan manfaat kepadanya selepas bersalin.

“Saya dahulu pun bukanlah tidak menjaga pantang tapi saya tak ambil serius. Bila saya dengar pengalaman daripada kawan saya, sebenarnya proses pantang ini banyak faedahnya, sekiranya diamalkan betul-betul,” jelasnya. Apa pun, semoga urusan keluarga ini dipermudahkan dan terus dilimpahi bahagia. (rtky/s)

1- Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Kedua - ROTIKAYA
2- Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Kedua - ROTIKAYA
3- Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Kedua - ROTIKAYA
4- Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Kedua - ROTIKAYA
5- Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Kedua - ROTIKAYA
6- Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Kedua - ROTIKAYA