5:21 pm - Friday December 9, 2016

Demi Maruah, Anis Al Idrus Elak Kongsi Gambar Cinta

zaky316

Jika sebelum ini kisah cintanya bersama bekas kekasih, Sharnaaz Ahmad, tidak dihebahkan dan dikongsikan di laman sosial, Anis Al Idrus menyatakan adalah kerana dia enggan hubungannya sebelum ini terlalu didedahkan kepada umum.

BACA: Anis Al Idrus Akui Berpisah Jalan Terbaik

“Pada saya hubungan yang belum pasti tidak perlulah ditunjuk-tunjuk kepada umum, itu juga membawa kepada maruah keluarga kita. Nasib baik juga saya tidak terlalu banyak gambar di laman sosial, kalau tidak… malu juga keluarga saya” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, ada pihak yang membezakan hubungan bekas kekasihnya itu yang kini dikatakan menjalin cinta bersama kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila apabila banyak gambar-gambar mereka dikongsi bersama peminat.

“Memang ada yang membandingkan tentang perkara itu, tapi saya rasa sesebuah hubungan tidak boleh diterjemahkan menerusi foto. Melainkan sudah ada ikatan tertentu dengan tujuan memberitahu orang lain bahawa dia adalah milik kita,” katanya. (rtky/s)

3 - Demi Maruah, Anis Al Idrus Elak Kongsi Gambar Cinta - ROTIKAYA
1 - Demi Maruah, Anis Al Idrus Elak Kongsi Gambar Cinta - ROTIKAYA
5 - Demi Maruah, Anis Al Idrus Elak Kongsi Gambar Cinta - ROTIKAYA
4 - Demi Maruah, Anis Al Idrus Elak Kongsi Gambar Cinta - ROTIKAYA
2 - Demi Maruah, Anis Al Idrus Elak Kongsi Gambar Cinta - ROTIKAYA
6 - Demi Maruah, Anis Al Idrus Elak Kongsi Gambar Cinta - ROTIKAYA