5:21 pm - Friday December 9, 2016

Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahu Cari Perhatian

zaky316

Jika sebelum ini nama Hafiz Hamidun pernah dikaitkan dengan nama selebriti wanita, kali ini diasudah pun merancang untuk menikahi gadis pilihan hatinya yang berusia 25 tahun pada tahun hadapan.

BACA: Hafiz Hamidun Kurang Setuju Garis Panduan JAKIM

“Perkenalan kami bermula sejak Hari Raya Aidiladha tahun ini dan hubungan kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi. Dia bukan artis tapi seorang selebriti kelahiran Kuala Lumpur. InsyaAllah, kami ada perancangan untuk berkahwin namun untuk fasa seterusnya, saya akan bertemu dengan keluarganya terlebih dahulu”

“Kami merancang berkahwin pada 2016 tapi bulan berapa belum tahu lagi. Kalau boleh saya mahu majlis berlangsung sebelum bulan puasa kerana umur saya pun dah 33 tahun, jadi kalau boleh saya mahu raya tahun ini saya sudah ada isteri,” jelasnya kepada portal Tonton Extra.

Bagaimanapun, Hafiz menafikan tuduhan mengatakan niatnya untuk mendirikan rumah tangga adalah untuk mendapatkan perhatian orang ramai dan publisiti, lebih-lebih lagi dia sering berkongsi kisa peribadinya sebelum ini.

“Saya tak boleh nak elak apa orang nak cakap kepada saya. Sudah tentu setiap masa saya memang akan mencari. Sebelum ini, saya cuba untuk berkawan dengan orang itu dan orang ini, tapi bila tidak jadi, itu perkara biasa”

“Tapi sekarang bukan masa untuk saya hanya berkawan sahaja sebab saya memang nak akhiri perhubungan saya dengan perkahwinan,” jelasnya. Apa pun, semoga segala perancangan dan urusan ke arah fasa seterusnya pasangan ini nanti akan dipermudahkan. (rtky/s)

7- Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahu Cari Perhatian - ROTIKAYA
5- Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahu Cari Perhatian - ROTIKAYA
4- Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahu Cari Perhatian - ROTIKAYA
3- Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahu Cari Perhatian - ROTIKAYA
2- Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahu Cari Perhatian - ROTIKAYA
1- Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahu Cari Perhatian - ROTIKAYA