5:22 pm - Friday December 9, 2016

Dato’ Siti Nurhaliza Kagumi Christiano Ronaldo Bantu Umat Islam

zaky316

Gara-gara meninggalkan komen ringkas – safe flight dear – di akaun Instagram milik pemain bola sepak ternama, Christiano Ronaldo, rupa-rupanya Dato’ Siti Nurhaliza mempunyai sebab tersendiri mengapa dia mengikuti perkembangan pemain tersebut.

BACA: Komen Dato’ Siti Nurhaliza Di Instagram Cristiano Ronaldo Jadi Perhatian

“Sebenarnya komen itu masih ada. Saya tidak pun padam komen itu. Mungkin sebab terlalu banyak, mereka tak jumpa komen itu. Komen itu adalah spontan dari seorang peminat. Macam peminat buat kepada saya. Semua itu biasa pada saya”

“Malahan ada juga saya komen pada orang yang berpengaruh lain seperti Mufti Menk tapi tidaklah viral seperti yang ini. Saya mula ikuti perkembangan dia apabila melihat pelbagai budi yang ditaburnya kepada umat Islam”

“Baru-baru ini, dia mengalu-alukan kedatangan pelarian Syria, Osama Abdul Mohsen, untuk memulakan kehidupan baru,” jelasnya kepada Tonton Extra selain turut mendoakan yang terbaik agar Ronaldo diberikan jalan yang lurus untuk menemukan ajaran sebenar-benarnya. (rtky/s)

9 - Dato’ Siti Nurhaliza Kagumi Christiano Ronaldo Bantu Umat Islam - ROTIKAYA
8 - Dato’ Siti Nurhaliza Kagumi Christiano Ronaldo Bantu Umat Islam - ROTIKAYA
3 - Dato’ Siti Nurhaliza Kagumi Christiano Ronaldo Bantu Umat Islam - ROTIKAYA
2 - Dato’ Siti Nurhaliza Kagumi Christiano Ronaldo Bantu Umat Islam - ROTIKAYA
4 - Dato’ Siti Nurhaliza Kagumi Christiano Ronaldo Bantu Umat Islam - ROTIKAYA
1 - Dato’ Siti Nurhaliza Kagumi Christiano Ronaldo Bantu Umat Islam - ROTIKAYA