7:24 pm - Friday December 9, 2016

Dato’ Siti Nuhaliza Jawab Kritikan Dengan Penuh Sopan

zaky316

Manusia apabila melihat kekurangan individu lain, memang habis semua perkara dia nampak. Begitulah yang terjadi kepada Dato’ Siti Nurhaliza apabila salah seorang aktivis laman sosial mempersoalkan tindakannya merahsiakan segala perkara.

BACA: Gambar Baby Bump Siti Nurhaliza Dapat Perhatian Ramai

Dalam komen di laman Instagram tersebut, pengguna Instragram tersebut mengatakan Siti sebagai seorang yang suka meraih perhatian dinyatakan secara biadap hingga mengguris perasaan Siti.

“Wanita ini benar-benar aneh, dari hendak kahwin sampai mengandung semua rahsia, sungguh melucukan dan dia sebenarnya seorang yang suka meraih perhatian,” tulis individu tersebut di ruangan komen yang merujuk kepada pendirian Siti yang masih merahsiakan perihal kehamilannya.

Siti bagaimanapun tenang memberi ‘nasihat’ kepada individu berkenaan untuk keluar dari ‘halaman rumah’ Instagram tersebut. Tindakan penyanyi tersohor itu mendapat pujian dan sokongan daripada peminatnya.

“Maaf anda mengundang persekitaran yang negatif dalam rumah ini, saya kena lakukan ini (blocked) supaya anda boleh tenang dan bergembira tanpa memikirkan masalah saya bye!” pesan Siti. (rtky/s)