5:23 pm - Friday December 9, 2016

Cara Mudah Jimat Sehingga 80% Beli Belah Dengan Aplikasi Shopee

zaky316

Kami tahu ramai anda di luar sana yang pantang melihat diskaun sehingga 80% lebih lebih lagi apabila ianya melibatkan barang yang anda minat. Shopee sebuah aplikasi yang membolehkan anda menjual dan membeli menerusi telefon pintar anda bakal adakan jualan hebat.

Kepada anda yang yang masih belum tahu apa itu Shopee, ianya sebuah aplikasi untuk telefon pintar anda sama ada iOS atau Android yang memudahkan semua orang untuk menjual dan membeli barang dengan pantas, mudah dan selamat.

Penjual hanya akan menghantar barang selepas pembeli membayar & penjual juga hanya akan menerima duit apabila barang sudah sampai ke tangan pembeli. Mudah & selamat kan? Jangan risau dengan penipuan di internet lagi selepas ini.

shopee rotikaya 1212

Menggunakan aplikasi Shopee juga sangat mudah dengan antaramuka yang senang untuk anda faham. Hanya perlu daftar dan anda boleh mula membeli belah dalam pelbagai kategori seperti pakaian Muslimah, pakaian lelaki, jam tangan, aksesori telefon bimbit dan banyak lagi.

Screen Shot 2015-12-10 at 11.45.32 AM

Pada 12 Disember 2015 iaitu Sabtu ini, Shopee akan mengadakan jualan besar besaran seluruh bahagian dengan diskaun sehingga 80% untuk semua barangan.

banner_970px_1212

Lebih menarik lagi, jika anda menggunakan kod 1212FIVE dengan pembelian minima RM10, anda akan menerima tambahan potongan sebanyak RM5.

Dan untuk barangan terpilih, anda boleh menggunakan kod 1212ONLINE untuk menerima potongan 50% (maksina RM20) untuk setiap pembelian anda di Shopee pada Sabtu ini. Cuba kira berapa banyak anda sudah berjimat dengan Shopee.

Screen Shot 2015-12-10 at 11.51.54 AM

Kalau tanyakan pada kami, kami suka meninjau dalam kategori jam tangan yang memang menjadi kegemaran kami untuk mendapatkan jam tangan terkini dengan reka bentuk cantik. Bukan setakat jam tangan analog, Shopee juga tawarkan pelbagai jam tangan pintar untuk anda pilih.

Screen Shot 2015-12-10 at 11.55.44 AM

Sebelum terlambat, jangan lupa ajak kawan kawan dan ahli keluarga untuk mengunjungi bazaar offline Shopee yang akan berlangsung di Markets17, Jaya One pada 12 & 13 Disember ini. Anda boleh menikmati diskaun 20% untuk kedai terpilih selain berpeluang menang cabutan bertuah!

Jangan tunggu lagi, muat turun aplikasi Shopee sekarang di App Store & Google Playstore dan nikmati diskaun hebat sehingga 80% pada Sabtu ini apabila anda membeli belah menerusi telefon bimbit anda. Jangan lupa beritahu kami apa anda beli, heh.

Ikuti perkembangan terkini dan tawaran baru Shopee menarik di Facebook dan Instagram mereka.