5:28 pm - Friday December 9, 2016

Black Hanifah Idam Dapat Anak Perempuan

zaky316

Penyanyi Black yang baru sahaja mendapat khabar berita gembira bahawa isterinya telah mengandung berkata dia berhasrat untuk mendapat anak perempuan pula kali ini. Sebelum ini Black telah pun dikurniakan anak sulungnya yang pertama, Khaleef Dayyan yang kini telah pun berumur 10 bulan.

BACA: Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

“Keterujaan tetap ada kerana untuk kali ini saya lebih bersedia dan serba sedikit mempunyai pengalaman. Kalau boleh untuk anak yang kedua ini saya mahukan perempuan. Biar sepasang,” katanya yang ditemui di sidang media Mentor Milenia, petang kelmarin.

Untuk anak yang kedua ini Black menjelaskan isterinya hanya mengalami keletihan sedikit berbanding ketika mengandungkan anak yang pertama. Isterinya juga hanya mengidam satay ikan.

“Isteri saya hanya mengalami keletihan sedikit kerana anak yang pertama masih menyusu badan. Dia hanya mengidam makan sate ikan. Kita sebagai suami hanya layankan sahaja selagi yang termampu untuk diberikan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi sesiapa yang ingin menyertai sesi ujibakat ‘Mentor Milenia’ di bawah Mentor penyanyi Black bolehlah menghadiri ujibakat Mentor Milenia pada 26 Disember ini bertempat di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. (rtky/h)

7- Black Hanifah Idam Dapat Anak Perempuan - ROTIKAYA
6- Black Hanifah Idam Dapat Anak Perempuan - ROTIKAYA
5- Black Hanifah Idam Dapat Anak Perempuan - ROTIKAYA
4- Black Hanifah Idam Dapat Anak Perempuan - ROTIKAYA
3- Black Hanifah Idam Dapat Anak Perempuan - ROTIKAYA
2- Black Hanifah Idam Dapat Anak Perempuan - ROTIKAYA