7:25 pm - Friday December 9, 2016

Bapa Zahirah MacWilson Akui Bercerai 9 November Lalu

zaky316

Jika sebelum ini, hanya pertelingkahan mereka di Instagram menggambarkan keadaan rumah tangga mereka, bapa kepada Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson melalui mStar Online mengakui bahawa sudah bercerai dengan isterinya Maslinda pada 9 November lalu.

BACA: Keluarga Zahirah MacWilson Kini Berantakan?

“Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda diatas tiada persefahaman. Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa. Cuma saya tahu, anak-anak pula jadi mangsa gara-gara masalah kami ini. Orang kata, hidup perlu diteruskan dan apa yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya.

“Tetapi saya tidak serik, sekiranya ada jodoh, pasti Allah akan temukan kita dengan seseorang tidak kira bila-bila masa. Bagaimanapun saya masih lagi bersedih dengan penceraian ini,” jelasnya kepada portal tersebut.

Tambah Zainol, punca perpecahan tersebut bukanlah berpunca daripada pihak ketiga selain menyatakan bahawa dia juga terbuka untuk menerima wanita yang berkenan di hatinya selain mahu kembali fokus dalam bidang lakonan. (rtky/s)