7:21 pm - Friday December 9, 2016

Balik Haji, Nabil Ahmad Kini Diundang Beri Ceramah

zaky316

Baru sahaja pulang dari menunaikan haji baru-baru ini, Nabil Ahmad menjelaskan dia sudah pun menerima tawaran sesetengah pihak yang ingin mendapatkannya untuk memberi ceramah.

BACA: Perjalanan Haji Pertama Ajar Nabil Ahmad Erti Syukur

“Buat masa ini, saya cuba berubah terlebih dahulu dengan menambah amal ibadat, lebih banyak solat, bersedekah dan menolong orang”

Jika ada tawaran ceramah, saya akan cakap (kepada pihak tersebut) tengok pada jadual dan lihat apa yang nak saya kongsi. Jika saya boleh bawa, saya akan terima, jika tidak, saya akan menolaknya”

“Saya sendiri dalam proses pembelajaran. Nanti apa pula orang kata. Apa yang saya boleh kongsi adalah pengalaman menarik saya sepanjang menunaikan haji,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Nabil juga menyatakan bahawa perjalannya ketika menunaikan haji baru-baru ini merupakan perkara yang menyeronokkan namun dalam masa yang sama menginsafkan apabila melihat kesusahan orang lain dalam usaha menguruskan ibadah. (rtky/s)