5:28 pm - Friday December 9, 2016

Azma Aizal Mengaku Pukul Ika Nabella, Tarik Diri Dari Drama

zaky316

Pengarah yang heboh diperkatakan ketika ini kerana mencederakan pelakon demi menghayati watak, Azma Aizal mengaku bersalah atas tindakannya selain turut menarik diri dariada mengarah drama tersebut.

BACA: Azma Aizal: Saya Pukul Ika Nabella Ada Sebab

“Ketika penggambaran, saya kurang berpuas hati dengan lakonannya dan sudah banyak kali babak yang dilakonkan dirakam semula. Sehinggakan saya mengambil pendekatan kaedah yang digunakan oleh produksi negara Jepun, memukul Ika bagi mendapatkan lakonan yang baik”

“Dan saya mengaku bersalah atas tindakan itu kerana mengasari Ika tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Bagaimanapun saya tidak menumbuk Ika seperti laporan yang dikeluarkan di media,” jelasnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Ika mendakwa Azma telah memukulnya di lokasi penggambaran drama Dawai di Hulu Klang pada 2 November lalu. Ika kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.

Kes tersebut sudah pun selesai dan Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin lalu memutuskan pengarah itu didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM2,000. Selain itu, pengarah tersebut turut menafikan kejadian itu berpunca daripada masalah penyakit gangguan bipolar yang dialami sejak tahun 2009.

Sementara itu, penerbit drama berkenaan, Rosyam Nor berharap agar kejadian yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: Harian Metro