5:22 pm - Friday December 9, 2016

Ayda Jebat Nafi Diri Perosak Hubungan Zul Ariffin Dan Kekasih

deena

“Kontroversi itu timbul disebabkan drama Rindu Awak 200%. Mungkin dalam drama tersebut kami nampak begitu mesra dan ada peminat juga menggesa agar kami menjadi pasangan kekasih. Saya rasa, disebabkan hal tersebutlah timbul desas-desus tentang hubungan di antara saya dan Zul,” jelas Ayda Jebat yang menafikan dirinya adalah punca hubungan Zul Ariffin dan kekasihnya rosak.

“Tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk merosakkan hubungan Zul dengan kekasihnya. Saya tidak merasakan wujud perasaan cinta lokasi di antara kami berdua. Hubungan kami hanya atas dasar kerja sahaja,“ ujarnya kepada Kosmo! baru baru ini.

Menurut Ayda Jebat lagi, penghayatan watak kedua-dua mereka yang agak mesra dalam drama ‘Rindu Awak 200%’ perlu untuk menghidupkan lakonan yang diberi.

Ayda Jebat Nafi Diri Perosak Hubungan Zul Ariffin Dan Kekasih

“Bagi saya, apabila melakonkan adegan yang memerlukan emosi percintaan, perasaan itu perlu kerana sebagai pelakon kita mahu menyampaikan apa yang dirasai. Kalau ada yang suka, itu bererti watak Armel Aisya dan Zill Faezrul Iqbal (Zul Ariffin) berjayalah”

“Dan, saya berpendapat cinta lokasi itu wujud tapi semuanya atas tuntutan kerja. Tidaklah sampai bercinta. Saya tahu dia ada kekasih. Saya tak tergamak jadi orang ketiga,“ katanya lagi.

Biasalah, mana-mana hero dan heroin sentiasa akan digosipkan. Sejauh mana kebenarannya, tuan punya badan haruslah tampil beri kenyataan. Senang kan?

The post Ayda Jebat Nafi Diri Perosak Hubungan Zul Ariffin Dan Kekasih appeared first on MyArtis.My.