6:05 pm - Friday December 2, 2016

Awie: Keluar Wings Lagi Pedih Dari Bercerai

zaky316

Pernah dibelenggu dengan masalah rumah tangga, penyanyi rock Awie mengakui ada perkara yang lebih menyakitkan daripada bercerai iaitu berpisah dengan anggota kumpulan Wings yang sebelum ini menjangkau lapan tahun.

BACA: Doktor Sahkan Rozana Patah Tulang Hidung Dipukul Awie

“Hubungan kami seperti hubungan perkahwinan dan jika bercerai sudah tentu sedih, malah saya lebih terasa perpisahan dengan mereka daripada berpisah dengan isteri saya”

“Ia kerana Wings punca rezeki kami, sumber pendapatan Wings juga yang beri makan pada isteri dan anak-anak saya, begitu juga dengan ahli yang lain,” jelasnya kepada mStar Online.

Menurut Awie, keputusan Wings sebelum ini untuk berpecah adalah berpunca daripada tindakan yang terlalu mengikut emosi malah dia selaku vokalis kumpulan tersebut juga turut menyesal dengan perkara tersebut.

“Kini saya lebih banyak bersabar dan jika marah atau terasa dengan sesuatu perkara saya hanya berdiam diri. Mereka juga faham kalau saya diam sahaja bermakna saya terasa atau kecil hati,” ujarnya. (rtky/s)