4:08 am - Tuesday April 16, 2024

Angah Raja Lawak Tamat Zaman Duda Februari Tahun Hadapan

zaky316

Tahniah diucapkan kepada Angah Raja Lawak yang bakal mendirikan rumah tangga pada 19 Februari tahun hadapan. Dia dan tunangnya, Ameera Asyura akan bernikah pada 19 Februari manakala resepsi mereka pada 20 Februari di Melaka.

BACA: Angah Raja Lawak Kini Tunang Orang, Bakal Kahwin

“Persiapan sederhana sahaja kerana majlis hanya akan diadakan di sebelah pihak sahaja iaitu di Melaka. Sudah pasti media dan peminat akan diundang dan saya akan mula mengedarkan kada bermula Januari setelah ia sudah selesai dicetak”

“Perasaan gementar untuk bernikah itu tidak ada sangat tetapi memikirkan keadaan kehidupan setelah sembilan tahun menjadi duda. Sebelum ini tidak ada sesiapa, jadi apabila tinggal berdua sudah pasti membawa kelainan dalam hidup saya,” ujarnya dipetik daripada Media Hiburan.

Bakal isteri Angah masih lagi menuntu di UiTM Lendu, Melaka dan menurut pelawak ini, perkara tersebut sudah dibincangkan sebelum ini dan pastinya Ameera perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan pelajarannya. (rtky/s)

1- Angah Raja Lawak Tamat Zaman Duda Februari Tahun Hadapan - ROTIKAYA
2- Angah Raja Lawak Tamat Zaman Duda Februari Tahun Hadapan - ROTIKAYA
3- Angah Raja Lawak Tamat Zaman Duda Februari Tahun Hadapan - ROTIKAYA
4- Angah Raja Lawak Tamat Zaman Duda Februari Tahun Hadapan - ROTIKAYA
5- Angah Raja Lawak Tamat Zaman Duda Februari Tahun Hadapan - ROTIKAYA
6- Angah Raja Lawak Tamat Zaman Duda Februari Tahun Hadapan - ROTIKAYA