5:59 am - Thursday December 8, 2016

Amyra Rosli Jauhkan Diri Daripada Amar Baharin?

zaky316

Salah seorang pelakon yang bakal membintangi teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, Amyra Rosli menjelaskan dia cuba menjauhkan dirinya daripada Amar Baharin apabila tidak bergandingan sebagai pasangan hero dan heroin dalam teater ini untuk kelainan apabila acap kali digandingkan dalam drama.

BACA: Amar Baharin Nafikan Kahwin Amyra Rosli November Ini

“Untuk kali ini saya cuba untuk tidak bergandingan dengan Amar dalam teater untuk melihatkan perubahan dan kelainan. Sebelum ini, banyak drama-drama yang menggandingkan saya dan dia,” katanya sejurus selesai sahaja Sidang Media Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk kelmarin.

Dalam pada itu, Amyra turut memberitahu sebelum ini dia telah mendapat tawaran untuk menerajui watak utama sebagai ‘Hayati’ tetapi terpaksa ditolak disebabkan komitmennya yang lain. Walaupun menolak watak yang sebesar itu, dia tetap optimis akan adanya rezeki yang lain kelak.

“Letak pada rezeki, saya rasa sebagai teraju utama perlu memberikan komitmen yang besar dan saya menerima sahaja tawaran untuk watak yang diberikan ini,” katanya watak Hayati itu telah dibintangi oleh Nabila Huda dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk.

Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk ini bakal dipentaskan pada 12-18 Oktober di Panggung Sari Istana Budaya. (rtky/h)

7 - Amyra Rosli Jauhkan Diri Daripada Amar Baharin? - ROTIKAYA
1 - Amyra Rosli Jauhkan Diri Daripada Amar Baharin? - ROTIKAYA
6 - Amyra Rosli Jauhkan Diri Daripada Amar Baharin? - ROTIKAYA
5 - Amyra Rosli Jauhkan Diri Daripada Amar Baharin? - ROTIKAYA
3 - Amyra Rosli Jauhkan Diri Daripada Amar Baharin? - ROTIKAYA
2 - Amyra Rosli Jauhkan Diri Daripada Amar Baharin? - ROTIKAYA