6:00 am - Thursday December 8, 2016

Akim dan Stacy Pilih Februari 2016 Untuk Kahwin

zaky316

Pasangan Akim dan Stacy telah bersetuju untuk memilih bulan Februari depan sebagai tarikh untuk mereka bernikah dan seterusnya mengadakan majlis perkahwinan.

BACA: Akim Ahmad, Stacy AF Tidak Harap Tajaan Kahwin

“Setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Keluarga banyak menguruskan persiapan kami kerana masuk sahaja penghujung tahun banyak kerja dan persembahan yang begitu padat”

Oleh itu keluarga kami banyak mengambil alih untuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan kami,” kata Akim yang ditemui selepas selesai sahaja membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 30 malam kelmarin.

Menurut Akim tarikh perkahwinan disegerakan adalah untuk mengelakkan perkara-perkara negatif timbul selain turut mendapat syarat green light daripada kedua dua belah pihak keluarga.

“Keluarga menasihati untuk menyegerakan urusan perkahwinan, lagipun kami sudah mengenali selama 6 tahun, jadi perkahwinan awal ini juga untuk mengelakkan perkara-perkara negatif serta sudah mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak keluarga,” kata Akim yang sudah berkenalan dengan Stacy selama 6 tahun.

Majlis perkahwinan Stacy dan Akim akan diadakan di Sabah dan juga di Johor pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sementara itu, pada minggu kedua menyaksikan lagu ‘Potret’ nyanyian Akim & The Majistret komposer Hang Nadim yang liriknya ditulis oleh Kamar Empayar diumumkan sebagai lagu terbaik.

Walaubagaimanapun keputusan itu belum pasti melayakkan lagu tersebut ke pentas AJL 30 kerana 9 buah lagu lagi akan mempersembahkan kehebatan mereka di satu siri lagi Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 pada minggu hadapan. (rtky/h)

1- Akim dan Stacy Pilih Februari 2016 Untuk Kahwin - ROTIKAYA
2- Akim dan Stacy Pilih Februari 2016 Untuk Kahwin - ROTIKAYA
3- Akim dan Stacy Pilih Februari 2016 Untuk Kahwin - ROTIKAYA
4- Akim dan Stacy Pilih Februari 2016 Untuk Kahwin - ROTIKAYA
5- Akim dan Stacy Pilih Februari 2016 Untuk Kahwin - ROTIKAYA
6- Akim dan Stacy Pilih Februari 2016 Untuk Kahwin - ROTIKAYA