7:25 pm - Friday December 9, 2016

Akim Ahmad, Stacy AF Tidak Harap Tajaan Kahwin

zaky316

Hanya mahu besederhana dan kini menghitung hari untuk disatukan, Akim Ahmad menjelaskan bahawa dia tidak mengharap sebarang tajaan terhadap majlis mereka nanti yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

BACA: Akim Ahmad & Stacy AF Mahu Kahwin Tahun Depan

“Bagi saya, cukuplah sekadar majlis sederhana bagi meraikan kedua-dua belah pihak. Semestinya kedua ibu bapa kami ingin menjemput sahabat rapat dan saudara terdekat”

“Kami tidak mengharapkan tajaan namun tidak menolak sekiranya tawaran diberikan bersesuaian dengan majlis itu nanti. Kami tidak mahu majlis kami dikawal dan mengikut kehendak pihak penaja. Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk menyanyi di majlis perkahwinan sendiri,” jelas Akim kepada BH Plus.

Selain tidak menolak kemungkinan akan menyanyikan lagu baru yang dicpta khas untuk majlis perkahwinan mereka, Akim dalam masa yang sama turut memohon maaf kepada pihak media jika ada yang terasa hati kerana dia mengadakan majlis bertunang secara tertutup. (rtky/s)