5:27 pm - Friday December 9, 2016

Adira AF: Memang Betul Saya Sudah Berkahwin

zaky316

Tidak mahu terus bersembunyi daripada status sebenar, penyanyi Adira AF mengesahkan bahawa dia kini isteri kedua kepada Datuk Seri selepas berkahwin dengan lelaki itu kira-kira tiga minggu lalu.

BACA: Adira AF Bakal Kahwin VIP, Jadi Isteri Kedua?

“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak”

“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” jelasnya mengenai perkara tersebut kepada Harian Metro.

Berita mengenai perkahwinan Adira mengenai Adira bersama ahli perniagaan ini tersebar minggu lalu setelah perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri pertama Datuk tersebut melalui akaun Facebook. (rtky/s)

6- Adira AF- Memang Betul Saya Sudah Berkahwin - ROTIKAYA
5- Adira AF- Memang Betul Saya Sudah Berkahwin - ROTIKAYA
4- Adira AF- Memang Betul Saya Sudah Berkahwin - ROTIKAYA
3- Adira AF- Memang Betul Saya Sudah Berkahwin - ROTIKAYA
2- Adira AF- Memang Betul Saya Sudah Berkahwin - ROTIKAYA
1- Adira AF- Memang Betul Saya Sudah Berkahwin - ROTIKAYA