7:18 pm - Friday December 9, 2016

Adam Shah Akui Kesilapan, Kini Perbaiki Diri

zaky316

Berikutan perkara yang tersebar berkenaan dengan rumah tangganya, pelakon yang terkenal melalui drama Juvana, Adam Shah melalui akaun Instagramnya menjelaskan bahawa dia mengakui kesilapannya dan kini sedang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

BACA: Rumah Tangga Fatin Afeefa, Adam Shah Kini Bergolak?

7- Adam Shah Akui Kesilapan, Kini Perbaiki Diri - ROTIKAYA

“Kita hanya manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan, begitu juga saya. Saya akui kesilapan saya, saya tersasar dari landasan. Saya sedang perbaiki kesalahan saya. Hari ini untuk saya, mungkin esok kamu semua”

“Sebagai manusia, doakanlah yang baik-baik untuk kita semua. Tuhan uji kita dalam pelbagai cara. Jauhi dari menjadi batu api,” jelasnya di Instagram mengenai perkara yang terjadi.

Apa pun, semoga melalui perkongsian tersebut akan memberi gambaran jelas mengenai situasi rumah tangga mereka ketika ini. Adam juga tidak mudah melatah dalam menyelesaikan kontroversi yang melanda. Semoga keluarga ini akan kekal bahagia dan dilimpahkan rezeki melimpah ruah. (rtky/s)

6- Adam Shah Akui Kesilapan, Kini Perbaiki Diri - ROTIKAYA
5- Adam Shah Akui Kesilapan, Kini Perbaiki Diri - ROTIKAYA
4- Adam Shah Akui Kesilapan, Kini Perbaiki Diri - ROTIKAYA
3- Adam Shah Akui Kesilapan, Kini Perbaiki Diri - ROTIKAYA
2- Adam Shah Akui Kesilapan, Kini Perbaiki Diri - ROTIKAYA
1- Adam Shah Akui Kesilapan, Kini Perbaiki Diri - ROTIKAYA