7:23 pm - Friday December 9, 2016

Adam AF Terima Takdir Belum Rezeki Timang Anak

zaky316

Soalan mengenai anak pastinya akan mengejar mereka yang telah berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata. Bagi Adam AF dan juga isteirnya, Fiza, mereka tidak pernah berputus asa untuk mencuba dan terus berikhtiar.

BACA: Adam AF Dedah Isterinya Keguguran Selepas Hamil Tujuh Minggu

“Mungkin belum ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata. Kami juga pernah berjumpa doktor untuk menjalani ujian dan doktor mengesahkan kami sihat serta tidak mempunyai masalah mendapatkan anak,” jelas Adam kepada Harian Metro.

Pada pertengahan tahun lalu, Fiza telah mengalamai keguguran ketika kandungan memasuki minggu kelapan namun tiada perkara yang serius terjadi kepada isterinya itu.

“Walaupun ia bukan rezeki kami, tetapi saya bersyukur kerana tiada apa yang serius berlaku kepadanya,” ujarnya yang menjelaskan mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian dan mahu membawakan lagu berunsurkan kerohanian dan ketuhanan. Apa pun, semoga satu hari nanti hasrat pasangan ini untuk menimang cahaya mata akan dimakbulkan. (rtky/s)