Mafia Wars - Permainan komputer online yang direka oleh Zynga.Inc kini terletak antara permainan yang paling hangat di kalangan peminat laman web sosial seperti Facebook, Tagged, MySpace dan sebagainya. Untuk bermain Mafia Wars, anda perlu mempunyai aplikasi ini (contohnya menggunakan Facebook) dan permainan dimulakan dengan sesi tutorial. Pada mulanya, mungkin anda akan menjadi antara pemain yang agak kebingungan kerana terlalu banyak button yang perlu diklik dan semuanya hanya perlu diklik! Sesetengah orang akan berasa bosan dengan Mafia Wars, tetapi jika anda telah mula meningkat dari segi level, skill dan milikan inventori serta 'Properties', anda pasti akan terus berusaha setiap hari untuk menjadi lebih baik. Hal ini kerana, dengan ramainya kawan di sekeliling anda yang turut bermain Mafia Wars, anda ingin menjadi lebih baik dari mereka.
Bermain Mafia Wars memerlukan anda menggunakan setiap mata 'Energy' yang ada untuk menyelesaikan 'Jobs' di setiap level. Kehabisan 'Energy' ini boleh dijana semula dalam beberapa minit hingga beberapa jam bergantung kepada tahap maksima 'Energy' anda. Anda juga boleh menerima pek 'Energy' daripada sahabat Mafia yang lain setiap 23 jam. Pek 'Energy' ini memberikan anda lebih 25% energy daripada tahap maksima 'Energy' anda. Pastinya anda tidak mahu membazirkan tenaga yang anda, gunakannya untuk menyelesaikan 'Jobs' dan menambah level anda. Anda juga boleh menjana semula tenaga ke tahap maksimum dengan 10 Godfather Points.
Kiriman sunah pada Sunday, June 07 @ 15:32:11 MYT
(Read More... |