7:19 pm - Friday December 9, 2016

5 Sebab Kenapa Honor 7 Bakal Jadi Telefon Bimbit Anda Seterusnya

zaky316

Baca tajuk seperti kami ingin beriya menjual peranti terbaru Huawei ini kepada anda bukan? Tetapi hakikatnya, kami sendiri kagum dengan kelebihan yang ada pada honor 7 ini pada harga yang sangat rendah.

Senang cerita memang berbaloi lebih lebih lagi jika anda dalam pencarian telefon bimbit baru namun tidak mahu berbelanja banyak untuk peranti serba canggih dengan teknologi terkini.

Mari kami cerita.

1. Pengesan Cap Jari Pantas

Menggunakan cap jari (fingerprint) untuk mengakses telefon bimbit anda memang satu keperluan sekarang tanpa perlu ingat kod kunci setiap kali. Peranti honor 7 mampu mengesan dan membuka telefon bimbit anda dalam masa 0.5 saat. What?

2. Kamera Tercanggih Hadapan & Belakang

honor-7-3

Kamera belakang utama hadir dengan 20MP dan untuk kaki selfie, kamera hadapan hadir dengan 8MP. Kamera utama pada peranti ini mampu kunci fokus pada subjek gambar anda dalam masa 0.1 saat. Lagi laju dari anda kelip mata.

Perlbagai mode terbina dalam juga hadir dalam honor 7. Suka ambil gambar makanan? Ada mode tersendiri. Suka ambil gambar panorama? Ada mode tersendiri. Suka selfie? Anda tahulah sendiri.

3. Bateri Dengan Kapasiti 3100 mAh

Tinggalkan batu bata pengecas telefon bimbit anda di rumah. Dengan kapasiti 3100 mAh, anda akan kekal berselfie sepanjang hari, muat naik ke laman sosial dan berhubung dengan yang tersayang.

Zaman pinjam charger kawan meja sebelah masa makan sudah habis, bro.

4. Kualiti Binaan Kelas Pertama

huawei-confirms-9-million-pre-orders-for-honor-7-in-china-in-one-week-486526-2

Kali pertama pegang telefon bimbit honor 7 ini, kami sendiri tidak sangka harganya kurang dari RM1,500. Memang nampak mewah dan sedap dipegang. Tidak malulah kalau mahu tunjuk pada teman wanita baru.

Setiap peranti honor 7 yang keluar dari kilang akan diperiksa dengan teliti dan menjalani proses pemeriksaan kualiti yang ketat sebelum sampai ke tangan anda. Jadi jangan risau akan kualiti. Cewah!

5. Rekabentuk Menarik & Moden

Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar dalam kelas harga yang sama, honor 7 menampilkan rekaan sangat moden dengan menggunakan kerangka besi sepenuhnya untuk pengalaman premium yang anda cari.

Seperti kami katakan tadi, pada harga yang ditawarkan (belum lagi rebat istimewa dari Huawei) honor 7 memang satu peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki tanpa fikir banyak.

Mahu tahu lebih lanjut, anda boleh layari laman web produk rasmi Huawei Honor 7 dan lawat pusat jualan berhampiran untuk nikmati sendiri hebatnya telefon pintar honor 7 ini.