6:02 am - Thursday December 8, 2016

5 Perkara Wajib Untuk Anda Lakukan Jika Berada Di Bandar Ho Chi Minh

zaky316

Ada orang lebih kenal bandar Ho Chi Minh dengan nama Saigon dan lawatan ke bandar paling pesat membangun di Vietnam ini tidak akan sah tanpa merasai lima pengalaman yang bakal kami senaraikan di bawah — penuh sejarah, pengalaman dan pastinya makanan sedap.

1. Cuba Rasa Kopi Vietnam

img_6967

Kopi Vietnam punyai karakter tersendiri dan merupakan antara kopi yang popular di seluruh dunia. Dan di Ho Chi Minh, ianya boleh didapati di mana sahaja dan yang penting cukup murah. Black coffee dengan ais (ca phe da) berikan anda rasa yang kaya seperti coklat atau kegemaran kami kopi susu ais (ca phe sua da) yang jauh lebih sedap dari kopi dibeli di kedai kopi mahal, heh.

2. Rasa Makanan Tepi Jalan

zmRsmf2

Atau senang cakap street food yang sememangnya menjadi buruan kami setiap kali ke luar negara kerana ianya lebih senang, murah dan rasa lebih dekat dengan orang tempatan. Di Ho Chi Minh, gerai menjual makanan tempatan memang terdapat di mana mana namun jika mahu cadangan dari kami cuba anda ke Van Kiep Street, Su Van Hanh Street atau Phan Van Han Street untuk merasai pengalaman merasai makanan temptan.

3. Gereja Notre-Dame Basilica

Ho-Chi-Minh-City-Notre-Dame-Cathedral-Ho-Chi-Minh-City-35587

Dibina pada akhir 1880’an, gereja bersejarah ini merupakan peninggalan zaman penjahah Perancis yang masih utuh dengan binaan asal selain masih mengadakan upacara keagamaan setiap minggu. Pada mulanya ianya dikenali dengan nama Saigon Church namun ditukar kepada nama sekarang selepas patung Peaceful Notre Dame dibina pada tahun 1959. Siapa kata kami tidak boleh berikan maklumat sejarah berguna, HAHA!

4. Cuci Rambut Di Salun Tempatan

Goi-lam-toc-tai-Salon-Linhs-Sai-Gon

Orang tempatan panggil aktiviti ini sebagai goi dau yang membawa maksud syampu dan ianya memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana ianya akan hadir dengan layanan khas lain seperti urutan kepala, cucian muka dan kepingan mentimun untuk kesegaran muka anda. Sesuai selepas seharian penat berjalan di luar.

5. Ben Thanh Market

Cho-Ben-Thanh-Di-du-lich-Ho-Chi-Minh-Du-lich-Viet-Nam-4

Apalah kalau ke luar negara jika tidak membawa pulang sikit cenderahati untuk yang tersayang. Di pasar Ben Thanh ini, semua boleh anda cari termasuklah juga makanan tempatan dan ianya memang terletak di tengah tengah Ho Chi Minh. Bersesak dengan orang tempatan untuk membeli barang kesukaan anda memang pengalaman yang luar biasa.